Tuesday 23 August 2011

....Khasiat Surah Al-Ikhlas..

   Surah ini memiliki khasiat dan keistimewaan. Dikatan
 dalam sebuah hadis bahawa surah al-Ikhlas ini memiliki 
 setaraf dengan sepertiga Al Quran.

1. Sedekahkan bacaan surah Al Ikhlas tiga kali ditujukan 
   kepada arwah untuk menambahkan pahala.

2. Barangsiapa membaca Qul Huwallaahu ahad satu kali 
   maka seakan-akan ia membaca sepertiga dari Al Quran.
   Dan barangsiapa yang membaca dua kali, seakan-akan ia
  membaca dua pertiga dari al Quran. Dan jika membaca 
   tiga kali seakan-akan ia membaca seluruh isi Al Quran. 
  Dan barangsiapa membaca sebelas kali maka Allah 
  mendirikan baginya sebuah rumah di surga dari yaqut merah.

3. Barangsiapa membaca tiga kali dan memberi salam apabila
   masuk rumah setan akan bertempiran lari. Salam akan 
  dijawab oleh para malikat.

4. Barangsiapa membaca surat al Ikhlas sepuluh kali sesudah 
   solat subuh maka tiada dosa yang menimpa padanya (ia tidak
   akan berbuat dosa) sekali pun setan memperdaya dengan 
  sungguh-sungguh.

5. Bila dibacakan kepada orang yang sedang sakit, seandainya
   dia kemudian mati pada hari itu juga, maka isya Allah dia akan
   diselamatkan dari seksa kubur.

6. Bila dalam perjalanan kemudian merasa lapar atau dahaga 
  padahal tiada ada kedai makan, maka bacalah lafaz “Ya Shamadu”
   sebanyak-banyaknya. Insya Allah rasa lapar dan dahaga akan 
  hilang dan seakan-akan kembali kenyang lagi.

7. Bila kita amalkan dengan mewiridkan lafaz “Ya Shamadu” 
  secara rutin setiap hari (terserah waktu membacanya) sebanyak
  134 kali, isya Allah kita diselamatkan dari maksud jahat orang 
  yang rakus dan sarakah.

8. Bila lafaz “Ya Shamadu” kita wiridkan secara rutin tiap hari
   sebanyak 40 kali, insya Allah selama hayat masih dikandung 
  badan kita akan selamat dari tipu daya dan kejahatan orang-orang
  yang sarakah.

9. Barangsiapa membiasakan diri membacanya secara rutin, 
   maka bertaburlah kepadanya kebaikan dari langit, ketenteraman
   dan rahmat turun meliputinya. Allah memandang kepada pembacanya
  penuh dengan ampunan yang abadi. Dia tidak akan menyiksa 
  mulai itu dan tidak memohon sesuatu kepada Allah kecuali Dia 
  memberinya.

BAGINDA NABI SAW BERSABDA “KECINTAAN MU KEPADA 
SURAH AL-IKHLAS ITU DAPAT MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA”.


..***Disalin dari Blog A.D.A.M Worid ..terima kasih.

Sunday 21 August 2011

...Minggu Terakhir Sebelum Raya...

     Nampaknya lagi seminggu Umat Islam akan
menyambut Hari Raya Aidil-Fitri...bermakna
kita berpuasa cuma seminggu lagi..Pusat2
membeli- belah kekuranggan kaki tangan untuk
melayan pelanggan2 yang terlalu ghairah untuk
membeli keperluan2 untuk menyambut hari raya
ini..lebih2 lagi kanak2...tapi kita juga harus beringat
jangan terlalu mengikut nafsu..bersederhana je lah..


    Saya juga baru saja habis mengecat rumah..dah 
2 minggu mengecat baru siap...bukan ape..bukan
cantik macam istana pun...tapi lambat siap, pasal
masa yang tak mengizinkan...satu hari cuma 1 jam
saya gunakan masa untuk mengecat..saja buat pelahan2..

     huuuuu..masih banyak lagi kerja yang harus
dilakukan ...lagi nak dekat raya ni..lagi macam2
yang nampak untuk diambil perhatian...hahaha


   Tengok depan, belakang, kiri ,kanan jiran2
semua dah rancak mengemas rumah...ada tu saya
tengok satu lori adalah, sampah dari dalam rumah
yang dibuang....hahaha agaknya kalau tak raya
dia duduk dalam sampah sarap...[x baik nak mengumpat
---dosa tau bulan2 puasa nii]..


   ok lah...sampai kat sini jel ah....lain kali sambung lagi..
Selamat BERPUASA..semuga puasa anda kalian 
diterima dan diberkati oleh Allah SWT..

..Lagu Raya Buat Semua...

     Lagu Allahyarham Sudirman amat merdu
dan meninggalkan kesan pada diri kita yang
duduk diperantauan..Jauh dari keluarga dan
kampung halaman...lebih2 lagi bila didengar 
ketika malam hari...boleh menitis air mata...

sudirman - dari jauh ku pohon maaf

Wednesday 27 July 2011

....Lelah...

      Baru habis berniaga, selepas hantar budak
budak kerja terus balek kerumah...kat rumah
sunyi je x ade orang..macam biasa mandi..rasa
segar sedikit badan ni..kat kantin walau pun 
ada 2 orang pembantu, tapi x berape pandai
bekerja..baru nak belajar, apalagi sayalah yang 
terpaksa kedepan kebelakang, ketengah ketepi
nasib baik tak ada longkang..kalau tidak huuu
kelongkang perginya...


   Masaalah baru pula muncul, pengurus kilang
mengarahkan semua pekerja2 kilang dikehendaki
makan makanan yang dibawa dari rumah didalam
kantin...semua orang sudah tahu mereka semua
adalah pekerja berasal dari sabah, rata2 semuanya
membawa bekalan makanan yang berasaskan
makanan Non Halal...'pening....pening' macam
mana saya nak menguruskan sisa makanan 
mereka semua...bagaimana pula ada diantara
mereka yang meminjam pinggan dan sudu 
tanpa pengetahuan saya...walau pun meja sudah
disediakan berasinggan..tapi macam2 perkara
boleh berlaku..aahhh lupakan perkara ni buat
sementara....saya akan cuba berunding dengan
pengurus kilang..


    Tak beberape hari lagi bulan Ramadan akan 
tiba...saya ingin mengambil kesempatan mengu
capkan Selamat Berpuasa kepada Saudara mara
,kawan2 dan sahabat2 [sejati]. semuga puasa anda
diterima dan diberkati oleh Allah swt...


    '' Ya Allah berkahi kami di bulan Rajab dan Sya'ban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.Bantulah
kami untuk melaksanakan puasa, melakukan sholat
 malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan, dan
 jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga...''
amin...
    

Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Bulan Suci Ramadhan [HQ]

Monday 18 July 2011

...Bulan yang berbagai2 masaalah menimpa ku...

    Apa yang telah terjadi pada bulan ini betul2 menguji
ketabahan saya..berbagai perkara telah berlaku..betul2 
menguji ketahanan mental dan fizikal saya..Pada awal bulan
kedua dua pekerja saya telah berhenti selang seminggu..
Seorang mengajok, dan seorang lagi berhenti kerana bertukar
tempat tinggal. Emak kat kampong nak buat kenduri dan 
meminta saya balik bersama keluarga..

   Setelah semua pekerja saya berhenti, tinggallah saya
kesaorangan menguruskan kantin..sayalah yang memasak, menjual,
mengemaskan meja, membasuh pingan mangkok, membuat air,
..segala2nya saya yang uruskan seorang diri,,kalau mental & fizikal
tidak kuat....larilah jawabnya..bukannya isteri dan anak2 tidak mahu
membantu..mereka semua ada urusan sendiri..kantin sendiri yang
perlu diuruskan..

    Didalam kesibukan memasak, kerana nak cepat..semasa mengoreng
ikan keli..saya bukalah api besar2..apa lagi..minyak gorengan ikan tadi
meletup dan separuh minyak didalam kuali tepercik. memercikkan
minyaknya ketangan saya..Allah saja yang tahu betapa seksanya saya 
masa tu..habislah sebelah tangan saya dengan minyak yang panag tadi.
.nak cari pembantu baru, bukan boleh dapat sehari dua..sekarang ni 
dah dapatlah dua orang pembantu baru..tapi x pandai kerja...x pe lah
lama2 pandailah tu..

     kerana masaalah tadi saya terpaksa membatalkan rancangan balik 
kampung...alasan jalan sesak kerana kempen BERSEH..hehhee
jadi masaalah saya x de yang tahu.[ selepas baca ni tahu lah kut ]..
Seminggu tangan saya berbalut..sekarang ni dah kering...alhamdulillah..

    Dalam dua minggu yang lepas tekanan2 yang saya terima tak ramai
 yang tahu....masaalah pekerja..berniaga sorang2 [ lepak ],
tangan tersimbah minyak panas, pesanan dari mak supaya balik kampung
...dan lagi satu putus hubungan dengan sahabat yang mengaku sebagai
sahabat sejati...amatlah KECEWA..tak pe semuanya saya anggap sebagai
dugaan didalam sebuah kehidupan...saya amat tabah menghadapinya..

    Kepada mak saya minta maaf kerana tidak dapat bersama2 semasa
kenduri...dan juga kepada sahabat sejati tadi, juga saya meminta maaf
jika telah menyingung perasaan awak..[ semua dari gurauan ]...saya 
yakin sudah ada penggantinya..

.