Sunday 26 June 2011

...Bersih...

    Sekarang ni seboklah sana sini membincangkan
tentang perhimpunan Bersih, pada 9hb Julai...
heran tol lah mereka ini..suka sangat nak buat
kecuh...apa selama ini Pilihan Raya Malaysia
tak BERSIH ke...


    Macam mana pati2 pembangkang boleh
memerentah beberape negeri yang di menanginya.
kalau Pilihan Raya TAK BERSIH...
Tak puas hati lagi, pasal tak dapat memerentah
negara kot..kalau tak puas hati lagi, tunggulah
pada pilihan raya yang akan datang...pembangkang
ni memang buas, tak sabar2 lagi...


    Bersih....apa itu Bersih..agak sayalah, orang yg terlibat 
itu pun tak bersih dalam banyak hal..kalau tak percaya
siasatlah latar belakang mereka....malas nak cakap..
banyak terdiri dari orang2 yang kecewa dan ada
kepentingan diri...yang jadi masalah, ni lah orang2
yang jadi pak turut..dapat nasi sekotak, mulalah
nak tunjuk hero..


   Ingatlah sedara2..tempat tingal kita kat sini..
kat Malaysia [ dulu, TANAH MELAYU ]..jangan
terikut2 dengan rentak mereka2 dan sipolan2 itu..
kalau terjadi apa2 pada negara kita..orang luar tak
rugi, malah bertepuk tangan lagi..yang rugi kita dan 
keturunan2 kita..


    Sipolan2 itu cuba mengambil kesempatan, jika
pembangkang menang..apa2 kehendak mereka akan 
dituruti...mereka minoriti, suara kurang didengari..
jadi cara begini, lebih2 lagi kerabat2 mereka terdiri
dari ahli2 peguam...tunjuk taringlah mereka....


    Kita janganlah tidur, jangan sampai kita mengigau
menyesal apa yang telah terjadi..hak orang melayu
dirampas secara halus...sedangkan kita ashik bertelagah
sesama sendiri mencari kuasa..bila tak dapat kuasa,
mula buat perjanjian dan kerjasama dengan kumpulan2
begini...ambil kesempatanlah mereka, kononya mem
perjuangkan keadilan, memperjuangkan nasib rakyat..


   Hakikatnya sama2lah kita renungkan..jangan sampai
nasi  menjadi bubur..bila orang lain dah berkuasa..
awal2 lagi mereka akan cuba mengubah undang2.
Dimana undang2 yang di ubah, semuanya akan 
memihak kepada kepentingan mereka..


    Bagi saya, Bersih yang diperjuangkan ialah Bersih
yang tak SUCI....sekian..

..

Sunday 19 June 2011

...cabaran dari arwah bapa...

   Bila membaca kesah 2 kesusahan orang
diakbar2 harian..mulalah teringat bahawa
saya ni pun, memulakan hidup dari kesusahan
juga..

   Sehabis musim persekolahan..pada masa itu
sememangnya amat susah untuk mendapatkan
pekerjaan..keputusan SPM ..cukup2 makan  je.
Teringatlah kata2 bapa saya..kalau engkau tak
dapat pendapatan empat angka sebulan
[ maksudnya, ribu lah tu ].sememangnya gelap
masa depan engkau..tengok cina2 semuamya
gaji ribu2..masa tu tak usah cakaplah..air mata
memang mencurah keluar..pasal fikirkan masa
depan yg gelap tu [orang baru nak belajar hidup
katakan ]

   Berhijrahlah saya ke Shah Alam..dapat kerje
kilang, dengan gaji rm250 sebulan. Kemudian kilang
berpindah ke Nilai, N Sembilan..adalah kerje 5
bulan..Berhijrah lagi ke Kuantan , Pahang membantu
Mak saudara [ Mak Ngah ] menguruskan kantin Tentera
adalah dalam 2 tahun...

   Kurang sesuai dengan jiwa muda masa tu..saya
berhenti...kerje semula di Kuala Lumpur...macam2
kilanglah saya kerja..gaji masa tu amatlah menyedihkan
...setakat cukup makan je..sekitar rm180--rm250 sebulan.
pernah,,,bukan pernah lagi, bolih dikatakan selalu jugalah
nak pergi kerja pun tak cukup tambang..kenelah berjalan
kaki separuh perjalanan, barulah naik bas..tambang bas
50sen..yang ada dalam tangan 30sen..apa lagi menapak
lah..

    kat rumah hari2 makan megge..kalau ada nasi pun
berlaukkan telor.Kalau kat kilang hari2 makan nasi belauk
kan kari fish ball [5 biji ] berharga rm1.00..nasib baik masa
tu tak ada rancangan BERSAMA MU kalau tak keluar
tv saya ek..dizaman kesusahan..kita ni pun bolih dikata
kan macam orang gila juga ...apa taknya, bila ternampak
ada binatang2 yg dalam kesusahan...macam kucing..burung
..katak..kupu2 ke, apa2lah bila kita selamatkan, mula bercakap
dengan binatang tu..aku selamatkan ko ya..nanti ko doakan
aku hidup senang..murah rezeki..macam2lah..hahaha

    Ada suatu hari tu. Masa saya sedang makan tengah hari
..biasalah lauknya kan..terpandanglah anak tokey kantin tu
[ dia ni memang berlagak sikit ] sedang makan peha ayam
goreng dalam keadaam menunjuk2 lah...dalam hati saya
mula berdoa ,,padahal sedang makan ni...."ya Allah, ya
tuhan ku..engkau bukalah pintu rezeki ku..engkau ubah
lah penghidupan ku, supaya aku beroleh kesenangan dalam
hidupku..."

     Selepas seminggu dua dari hari itu..saya mendapat
pangilan talipon dari Mak Ngah saya dari Kuantan..
inggat lagi katanya " ..ziz kalau ko nak rasa hidup senang
ko datang ke Kuantan..tolong Abah ko niaga..Abah ko
dah dapat tender kantin 12 RAMD...." sukanya saya, mungkin
berkat doa saya tempoh hari..tapi nak gi ke Kuantan tak
cukup duit..terpaksalah saya meminjam kat kawan..bukan
banyak cuma rm10...

      Di Kuantan semua hidup saya berubah..tak pernah
lagi terputus wang belanja..tak pernah berlapar..berpakaian
berjenama..pendek kata hidup mewah juga..Masa di Kuantan
jugalah saya bertemu dengan isteri saya sekarang..[ jumpanya
kat Melaka ]

    Selepas saya berkahwin, saya dan isteri membuat keputusan
untuk berniaga sendiri..dan balik ke Melaka, berniaga kat Pasar
Borong..jual roti canai dan nasi asam pedas ikan pari..adalah
dalam setahun...Dah dinamakan rezeki, tak semene2 Pak Cik
saya membuka peluang saya mengajak saya ke Johor Bahru
mula2 saya berniaga di MSC Malaysia shipyard engineering
dan seterusnya bermacam2 kilang dah saya redah hingga lah 
sekarang..selama 22 tahun saya di Juhor Bahru..


    Alhamdulillah... segala2 nya adalah pemberian Allah..Allah
lah yang telah mengaturkan perjalanan hidup kita..oleh itu
kenelah berbanyak2 berdoa, semuga dia membukakan pintu
rezeki kita yang telah ditetapkan olehnya...dari pendapatan rm180
sebulan , sekarang dah mencecah 6-7 ribu..dapatlah saya
menyahutkan cabaran aruah bapa saya yang dikasihi buat
selama2nya
saya banyaklah belanja kawan2  makan...kalau makan semeja tu
..semua dah tahu, sayalah yang akan membayarnya..masa zaman
senang..selalu juga saya membayar makanan orang yang saya
 langsung saya tak kenal...macam orang2 tua,,mana yang saya
 tengok lain macam je..cam orang susah je..saya bayarkanlah
 makanannya...amat besar hatinya..


     Nasihat saya pada peringkat adik yang baru nak mengenal
 hidup..janganlah kita berlagak sombong kalau kita dilahirkan
dikalangan keluarga berada...saling membantulah pada yang
kekuranggan..pada yang serba kekuranggan..berusahalah di
samping berbanyak berdoa kepada Allah...Doa tak semestinya
ketika kita sembahyang...bila2 masa bila terasa nak berdoa..
berdoalah tak kira masa..satu ribu kali kita berdoa..mungkin
sekali tu terbuka pintu untuk doa kita...lagi satu jangan 
menganiaya binatang.......


     Terima kasih....dan Selamat Malam..............

Thursday 16 June 2011

R E N U N G A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ----
    seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --
    - banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- 
    Hadnyai --- Bangkok .
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah
    yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam
    (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot      mewah).....
    Kalong ......

.T E T A P I... 
KITA JUGA LUPA......SEMAKIN BANYAK KITA
KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT
 KEMATIAN KITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA,
 KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT 
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP
 KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
 BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM 
YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI' 

Umpamanya: 
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan..
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 
    2 jam majalah/surat habar/internet & 1 jam membaca 
    AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah 
PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN
 SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . . 
Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi
 beransur-ansur. .......Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. ..
 bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah
 jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan
 tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran,
 rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE 
ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan 
BALANCE IMPROVEMENT.Tuhan beri semua makhluk
 didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat
 kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita
 peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di 
manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita
 beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat
 balasan Syurga untuk selamanya... .......infiniti. ...... Semuga tuhan
 terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di 
dunia dan akhirat

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga 
    mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara
    tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
    dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
    mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
    'Telah bersabda Rasullullah S.A.W:'Tiga kelompok manusia
    yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
    mereka keluar dari kuburnya:-
    a. Orang-orang yang mati syahid
    b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
        ramadhan.
    c. Orang berpuasa di hari Arafah.'Sekian untuk ingatan 
        kita bersama.Wassalam.


p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan
 kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat
 ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
 meskipun dia sudah mati.
   ***salinan dari blog Sahabat..terima kasih.....


 

Tuesday 14 June 2011

,,,Yang dinamakan sahabat & kawan....

     Rasanya hidup ini terasa amat sunyi, kerana kehidupan
yang tiada dikelilingi oleh sahabat2 yang sentiasa dapat 
berdamping berkongsi masaalah suka bila kita bergembira,
dan berduka bila ditimpa kesusahan....yang ada kini cuma 
kawan2...hubungan sahabat dan kawan amat berbeza..


     Dulu adalah juga insan boleh dianggap sahabat..kemana 
pergi..kalau ada aktiviti luar...berkelah bersama2 keluarga 
diantara dua sahabat..berkarokay...makan malam..shoping bersama
amatlah menyeronokan...bila ada masaalah, boleh berbincang
dan tolong menolong diantara satu sama lain..berbagai2
perkara dapat dilakukan bersama...kini tinggal keseorangan..


    Walau pun memang tidak dinafikan, bahawa kita ada kekuarga 
sendiri yang sentiasa mendampingi kita..tapi itu tidaklah sama
pergaulan kita dengan orang yang dinamakan sahabat...begitulah
juga..hubunggan kita dengan orang yang dinamakan kawan, pun 
tidak sama.


    Sahabat yang saya maksudkan ini telah memencilkan diri
mungkin kerana merajuk...saya telah cuba membantu dia utk
membeli kereta baru..tetapi gagal kerana sebab2 tertentu...lat2
empat bulan selepas itu saya pula yang dapat keluarkan kereta
baru untuk isteri saya. dan terus meminta isterinya berhenti kerja
dengan saya dan memencilkan diri tampa menghubunggi saya lag
...sebenarnya bukanlah salah saya..itu semua adalah urusan dan
penilaian dari pihak bank...maaf kan saya...
dan pada hari Raya Puasa yang lalu, isteri saya tak dapat hadir
memenuhi jemputan Rumah Terbuka yang diadakan,kerana pada 
masa yang sama isteri saya sebok menguruskan tempahan makanan 
untuk majlis Rumah Terbuka Pengurus Kilang tempat kami berniaga.
.mungkin kerana tersalah anggap, menganggap saya mempermainkan dia.


      Ape ape hal pun..saya memang terasa hidup bersendirian
ketika ini...pagi bangun tidur bergegas ketempat perniagaan,
balik berkurung dalam bilik menghadap komputer lepas tu ..
tidor..hari2 lah begitu...
kawan!!! memanglah ada kawan.tapi hubungan dengan kawan 
tidak sama dengan sahabat....kawan, setakat bersembang, kawan
setaman tu adalah...tapi lainnn


      Kadang2 terfikir juga nak balik kampung ajelah..di kampung ramai
saudara2,,ipar duai yang sentiasa berdamping, kita rasa sentiasa 
seronok..bila ada kelapanggan atau cuti2 sentiasa ada aktiviti, jadi
tidaklah membosankan..bila dah jadi begini mulalah terfikir
sampai bila nak hidup dalam keadaan begini...sekarang masih 
boleh bertahan lagi..bagai mana bila usia sudah digelar warga emas..


     Nampak sangat perbezaan bila kita hidup tanpa sahabat yang
sentiasa mahu berdamping dan bertanya masaalah dan sahabat 
yang boleh membuat kita tersenyum bila kita berduka...olih itu
bila kita bersahabat, sama2 lah menjaga hubungan supaya tidak 
terputus..dan berlebih kuranglah diantara satu sama lain..jangan
sampai kita ditinggalkan seperti ini...

Friday 10 June 2011

...Bertukar ke Blog yang kedua...

   Angkara kelalaian yang tak disengajakan, Blog Salaziz saya
 yang lama terpaksa dihentikan...maka lahirlah Blog saya yang
 kedua..iaitu Saaziz ll..Tapi tak mengapa lah kan..mana2 pun
 sama..cuma semangat tu adalah menurun sedikit... olih kerana
 desakan dari sahabat, saya usahakan juga.  Terima kasih saya
 ucapkan kerana sudi memberi semangat untuk menulis
semula....


     Sebenarnya  saya bukanlah seorang penulis, seperti

 sahabat2 saya yang lain...Malah bolih dikatakan sudah
 30 tahun saya tidak menulis...Yang pernah saya tulis
 hanyalah ..nama...no i/c dan no akuan bank...hahaaa
tulah yang pernah saya tulis tiap2 bulan selama 30 tahun

..Jadi bahasa yang saya gunakan, hanyalah bahasa mudah
...dan menulis pun hanya untuk seronok2 aja...


     Lagi sekali saya ucapkan terima kasih pada yang

 memberi semangat untuk saya menulis semula...
dan sedikit komen didalam Blog saya selama ini...