Monday 18 July 2011

...Bulan yang berbagai2 masaalah menimpa ku...

    Apa yang telah terjadi pada bulan ini betul2 menguji
ketabahan saya..berbagai perkara telah berlaku..betul2 
menguji ketahanan mental dan fizikal saya..Pada awal bulan
kedua dua pekerja saya telah berhenti selang seminggu..
Seorang mengajok, dan seorang lagi berhenti kerana bertukar
tempat tinggal. Emak kat kampong nak buat kenduri dan 
meminta saya balik bersama keluarga..

   Setelah semua pekerja saya berhenti, tinggallah saya
kesaorangan menguruskan kantin..sayalah yang memasak, menjual,
mengemaskan meja, membasuh pingan mangkok, membuat air,
..segala2nya saya yang uruskan seorang diri,,kalau mental & fizikal
tidak kuat....larilah jawabnya..bukannya isteri dan anak2 tidak mahu
membantu..mereka semua ada urusan sendiri..kantin sendiri yang
perlu diuruskan..

    Didalam kesibukan memasak, kerana nak cepat..semasa mengoreng
ikan keli..saya bukalah api besar2..apa lagi..minyak gorengan ikan tadi
meletup dan separuh minyak didalam kuali tepercik. memercikkan
minyaknya ketangan saya..Allah saja yang tahu betapa seksanya saya 
masa tu..habislah sebelah tangan saya dengan minyak yang panag tadi.
.nak cari pembantu baru, bukan boleh dapat sehari dua..sekarang ni 
dah dapatlah dua orang pembantu baru..tapi x pandai kerja...x pe lah
lama2 pandailah tu..

     kerana masaalah tadi saya terpaksa membatalkan rancangan balik 
kampung...alasan jalan sesak kerana kempen BERSEH..hehhee
jadi masaalah saya x de yang tahu.[ selepas baca ni tahu lah kut ]..
Seminggu tangan saya berbalut..sekarang ni dah kering...alhamdulillah..

    Dalam dua minggu yang lepas tekanan2 yang saya terima tak ramai
 yang tahu....masaalah pekerja..berniaga sorang2 [ lepak ],
tangan tersimbah minyak panas, pesanan dari mak supaya balik kampung
...dan lagi satu putus hubungan dengan sahabat yang mengaku sebagai
sahabat sejati...amatlah KECEWA..tak pe semuanya saya anggap sebagai
dugaan didalam sebuah kehidupan...saya amat tabah menghadapinya..

    Kepada mak saya minta maaf kerana tidak dapat bersama2 semasa
kenduri...dan juga kepada sahabat sejati tadi, juga saya meminta maaf
jika telah menyingung perasaan awak..[ semua dari gurauan ]...saya 
yakin sudah ada penggantinya..

.

No comments:

Post a Comment