Wednesday 27 July 2011

....Lelah...

      Baru habis berniaga, selepas hantar budak
budak kerja terus balek kerumah...kat rumah
sunyi je x ade orang..macam biasa mandi..rasa
segar sedikit badan ni..kat kantin walau pun 
ada 2 orang pembantu, tapi x berape pandai
bekerja..baru nak belajar, apalagi sayalah yang 
terpaksa kedepan kebelakang, ketengah ketepi
nasib baik tak ada longkang..kalau tidak huuu
kelongkang perginya...


   Masaalah baru pula muncul, pengurus kilang
mengarahkan semua pekerja2 kilang dikehendaki
makan makanan yang dibawa dari rumah didalam
kantin...semua orang sudah tahu mereka semua
adalah pekerja berasal dari sabah, rata2 semuanya
membawa bekalan makanan yang berasaskan
makanan Non Halal...'pening....pening' macam
mana saya nak menguruskan sisa makanan 
mereka semua...bagaimana pula ada diantara
mereka yang meminjam pinggan dan sudu 
tanpa pengetahuan saya...walau pun meja sudah
disediakan berasinggan..tapi macam2 perkara
boleh berlaku..aahhh lupakan perkara ni buat
sementara....saya akan cuba berunding dengan
pengurus kilang..


    Tak beberape hari lagi bulan Ramadan akan 
tiba...saya ingin mengambil kesempatan mengu
capkan Selamat Berpuasa kepada Saudara mara
,kawan2 dan sahabat2 [sejati]. semuga puasa anda
diterima dan diberkati oleh Allah swt...


    '' Ya Allah berkahi kami di bulan Rajab dan Sya'ban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.Bantulah
kami untuk melaksanakan puasa, melakukan sholat
 malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan, dan
 jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga...''
amin...
    

1 comment:

  1. .....salam ramadan & selamat berpuasa buat sahabat..semuga semua amalan kita di berkati & rahmati Allah...amin.

    ReplyDelete