Tuesday 14 June 2011

,,,Yang dinamakan sahabat & kawan....

     Rasanya hidup ini terasa amat sunyi, kerana kehidupan
yang tiada dikelilingi oleh sahabat2 yang sentiasa dapat 
berdamping berkongsi masaalah suka bila kita bergembira,
dan berduka bila ditimpa kesusahan....yang ada kini cuma 
kawan2...hubungan sahabat dan kawan amat berbeza..


     Dulu adalah juga insan boleh dianggap sahabat..kemana 
pergi..kalau ada aktiviti luar...berkelah bersama2 keluarga 
diantara dua sahabat..berkarokay...makan malam..shoping bersama
amatlah menyeronokan...bila ada masaalah, boleh berbincang
dan tolong menolong diantara satu sama lain..berbagai2
perkara dapat dilakukan bersama...kini tinggal keseorangan..


    Walau pun memang tidak dinafikan, bahawa kita ada kekuarga 
sendiri yang sentiasa mendampingi kita..tapi itu tidaklah sama
pergaulan kita dengan orang yang dinamakan sahabat...begitulah
juga..hubunggan kita dengan orang yang dinamakan kawan, pun 
tidak sama.


    Sahabat yang saya maksudkan ini telah memencilkan diri
mungkin kerana merajuk...saya telah cuba membantu dia utk
membeli kereta baru..tetapi gagal kerana sebab2 tertentu...lat2
empat bulan selepas itu saya pula yang dapat keluarkan kereta
baru untuk isteri saya. dan terus meminta isterinya berhenti kerja
dengan saya dan memencilkan diri tampa menghubunggi saya lag
...sebenarnya bukanlah salah saya..itu semua adalah urusan dan
penilaian dari pihak bank...maaf kan saya...
dan pada hari Raya Puasa yang lalu, isteri saya tak dapat hadir
memenuhi jemputan Rumah Terbuka yang diadakan,kerana pada 
masa yang sama isteri saya sebok menguruskan tempahan makanan 
untuk majlis Rumah Terbuka Pengurus Kilang tempat kami berniaga.
.mungkin kerana tersalah anggap, menganggap saya mempermainkan dia.


      Ape ape hal pun..saya memang terasa hidup bersendirian
ketika ini...pagi bangun tidur bergegas ketempat perniagaan,
balik berkurung dalam bilik menghadap komputer lepas tu ..
tidor..hari2 lah begitu...
kawan!!! memanglah ada kawan.tapi hubungan dengan kawan 
tidak sama dengan sahabat....kawan, setakat bersembang, kawan
setaman tu adalah...tapi lainnn


      Kadang2 terfikir juga nak balik kampung ajelah..di kampung ramai
saudara2,,ipar duai yang sentiasa berdamping, kita rasa sentiasa 
seronok..bila ada kelapanggan atau cuti2 sentiasa ada aktiviti, jadi
tidaklah membosankan..bila dah jadi begini mulalah terfikir
sampai bila nak hidup dalam keadaan begini...sekarang masih 
boleh bertahan lagi..bagai mana bila usia sudah digelar warga emas..


     Nampak sangat perbezaan bila kita hidup tanpa sahabat yang
sentiasa mahu berdamping dan bertanya masaalah dan sahabat 
yang boleh membuat kita tersenyum bila kita berduka...olih itu
bila kita bersahabat, sama2 lah menjaga hubungan supaya tidak 
terputus..dan berlebih kuranglah diantara satu sama lain..jangan
sampai kita ditinggalkan seperti ini...

1 comment:

  1. ...kekadang kita akan jumpa seorang 'sahabat' sejati dari kalangan kawan..teman & rakan...
    berhati2 lah dalam memilih...

    **'berkawan' biar beribu..namun 'Bberkasih' pasti pada yang 'satu'....

    ReplyDelete