Thursday 7 July 2011

...Cuti balik kampung...

      Hari ini dah 7hb Julai, bermakna lagi dua hari
saya akan balik kampung...Mak ada talipon beri tahu 
hari Ahad ni nak buat kenduri sikit untuk aruah...ok! lah
nanti saya balik...


      Tapi yang lecehnya pada hari Ahad ni, ada sebok
sebok pula kat KL, ni yang membuatkan perjalanan
kurang lancar...apa taknya, dimana2 jalan raya akan
dibuat sekatan pemereksaan polis...kita tak boleh marah
kan pihak polis..mereka menjalankan kewajiban menjaga
keselamatan negara dan orang ramai..Angota Polis 
menjalankan tugas pencegahan, mengikut sistem pen
cegahan yang sedia ada dan diamalkan sejak sekian lama..


     Yang menyusahkan ini..pengikut2 Bersih ni..suka sangat
nak menjadi jagoh, kononnya nak menegakkan Demokrasi
di negara ini...Orang yg menjadi tulang belakangnya , biasalah 
negara barat..orang barat ni bukanmya apa..mereka hanya 
mementingkan kepentingan mereka aja...bila sesebuah
negara itu diperintah secara kuku besi, mereka akan melaungkan
keseluruh dunia supaya negara itu didesak mengamalkan 
sistem Demokrasi...ada negara yang mengamalkan Demokrasi
tetapi pemimpinnya tak sebulu dengan kepentingannya..maka
mereka akan mengusahakan bermacam2 cara agar pemimpin 
tersebut di turunkan dari takta pemerentahan...maka secara halus
mereka mengalakkan rakyat mengadakan demonstrasi jalanan..
jika ada tindak balas dari pasukan keselamatan..mereka akan
memperbesar2kan cerita,,lama2 menjadi huru hara..barulah
mereka masuk untuk campur tangan...ini semua adalah 
mainan Politik mereka...


     Maka oleh itu, marilah kita membuka mata, belajar 
dari sejarah, sejarah negara2 yang pernah dijajah oleh
negara barat,,semuanya bermula dari cerita dan cara
yang sama dugunakan oleh bakal2 penjajah negara kita..
Bagi saya, siapa saja yang jadi pemimpin sama aja..
Tapi cuba jangan membuatkan negara ini kacau bilau..


     Bayangkan kalau negara dah huru hara, pelabur2, kilang2
akan menutup operasi..pekerja2 akan kehilangan mata pen
carian...peniaga2 terpaksa menutup kedai..pendek kata
semua akan kehilangan mata pencarian..bagaimana 
dengan hutang2 bank,,bagaimana hendak melunaskan hutang2
tersebut...ini semua bukan ditangong oleh rakyat2 yang 
menyokong kerajaan saja..semua sekali termasuklah orang yang
sebok2 memperjuangkan Demokrasi itu sendiri..mereka tidak
sedarkah dimana anak, isteri, saudara mara malah mereka sendiri
bekerja dan tinggal... ingatlah, negara kita sudah lama Demokrasi..
ini semua mainan orang2 tertentu..apa yang belaku di negara ini
tidak akan meningalkan kesan pada mereka...mereka ada penjaganya..
kita siapa yang jaga???...kalau tak sediri...Ramai yang menyertai 
perhimpunan, saya rasa terdiri dari kalangan orang yang bermasaalah,
kecewa dalam satu2 permohonan ...macam2lah seperti dendam 
kesumat..ingat2lah jangan sanpai, menang jadi abu..kalah jadi arang..


    Berbalik kepada cerita asal..semuga perjalanan balik ke kampung
pada hari Ahad ini dalam selamat dan tanpa gangguan...
Dah lama tak balik rasa seronok tuuu...

.

1 comment:

  1. .....selamat balik kg...hati hati memandu...
    semuga anda selamat pergi & balik kampung....insyaallah...

    ReplyDelete